Zaman kecil-kecil dulu

Hehee.. Siapa yang tengok ni mst teringat zaman kecik-kecik dulu. Yelaa, sapa yang x ingat dengan perangai nakal nya dulu-dulu. Haa..disini sya nk bagi kitaorg tengok apa yang kita buat time kecik-kecik dulu, apa yang selalu kita beli permainan sebelum wujudnya prmainan Sony. Yela, dulu mana ada PSP, mana ada PS1 atau 2 kan. Hahaa..tak macam zaman sekarang main permainan yang boleh meninggikan bill electrik rumah. Hahaa..mana tak nye, main bukan nak satu jam je, nak berjam-jam. Untuk perempuan tak tau laa. Hehee.. Jom kita tengok apa yang membuatkan anda semua mengimbau zaman kecik-kecik dulu.







Kereta mainan Dash

Haa... ingat lagi ke tak kereta mainan ni? Alaa yang selalu kita main masa darjah lima dulu (2002) hahaa... Best siot main ni. Siap buat track dalam longkang tepi rumah lagi tu. Hahaa... Pagi-pagi dah plan nak beli 1 kat kedai runcit. 'Mak, minta duit Rm5, nak bayar buku sains kat sekolah' Dalam kelas tak belajar, asyik teringat nak beli kereta ni je. 'Nak beli model ape ye?' hahaa.. itulah kerja time sekolah rendah dulu. 
Tipu mak cakap nak beli buku. Haaa..kepada adik-adik sekalian, jangan ikut peranagi abang ni tau. Berdosa. Pas tu balik je tengah hari lontar beg kat katil, tukar baju seluar suma terus je berlari pergi kedai. Pas beli 1 yang berkenaan, balik rumah ape lagi buak kotak, tengok kertas penunjuk macam mana nak sambung ape suma termasuk sticker nye. Pas siap, huiyooo....cayalah aku buat sendiri. Pegi rumah kawan join diaorg main kat longkang, selalu dapat menang tu.. Hahaa.. bukan ape keta masih brandnew lagi, bateri time tu guna  bateri eveready. Ada kawan sorang ni x reti nak cakap brand beteri ni. Dia ckp 'Pakcik, nak beli beteri cap kucing melompat no.9' hahaa.. tergelak aku. 





                                                            Bey Blade





Haa..cite anime ni tahun ape kuar dulu ye? kalu tak silap antara tahun 2003 kot. Apa-apa pun kuar je cita ni, otak dah fikir lain dah. Kalau cita ni kuar mst ada org buat bey blade yang betul2 punya. Haa..kuar je kat pasaran dulu aku dah beli 1 dah. Itu pun merengek-rengek minta mak beli. Hahaa..bagi penampar kang baru tau. Masa tu versi yang pakai pistol tu belum keluar lagi, masih yang pakai segi empat tu. Masa tu ingat lagi beli bey blade yang hujung besi dia ada batu mancis yang ada kt lighter tu. Ada batu mancis tu boleh kuar percikan api time bertembung ngn pihak lawan. Hahaa.. Kitaorang ada team masing-masing tau. Saya ada gak team waktu tu. Kitaorg team Kai bey blade kuasa harimau biru putih tu. Hahaa.. Tp kat kedai xde jual gelangang untuk bertarung. Tau tak ape kitaorg pakai? Kuali besar yang dah berkarat belakang rimah kawan. Memang cukup besar laa kuali tu. Kuali tu x pakai lagi dah berkarat untuk orang masak bila tiba musim perayaan besar-besaran.
Hahaa.. memang best laa kalau boleh kalahkan pihak lawan kan. Siap menjerit lagi menyeru naga tu kuar dari bey blade dia. Kah3...macam laa naga tu nak kuar. Ade yang bey blade dia pecah, retak, ape laa. menangis la jawap nya. Tp saya punya time tu x pernah pecay lagi terpelanting jauh ada la sebab pihak lawan bey blade dia besar nak mampus. Besi beyblade yang kat tengah-tengah tu ada jaul kat pasar tau nak bagi dia besar lagi. Aku tak tau pula ada org jual spare part macam tu untuk bey blade. Tp aku xnak modified nak bagi besar la ape la. Sebab risiko dia cepat pecah.. Haa... main kena ada strategi. Baru la dikatakan hero kampung. 




Sampai sekolah menengah aku main benda ni. Betapa fanatik nye aku main benda ni. Hahaha. Masa tu aku sekolah kat SMK Tebakang area Serian kat Sarawak ni. Hehee.. Orang abwa buku turun sekolah aku bawa bey blade kesayangan aku. Sampai form 2 dah x main dah benda ni. Biasala dah berfikiran matang sikit konon nya




Crush Gear Ingat lagi kotak ni? Takkan tak ingat kot. Sendiri pernah beli dulu. Alamak. Oklaa, ni laa permainan terbaru lepas main bey blade tadi.
Kereta mainan crush gear kalau tak silapa aku kereta ni berharga Rm8 dulu beli dekat pasar Serian. Hehee.. buku kat kedai Fahoo book store tak beli, keta ni nak juga beli. Susah-susah. Macam ni laa perangai aku dulu. Biasalah otak belum berkembang, tak mature la pendek kata. Keta ni kalau dalam siri anime best sebab siap boleh terbang lagi rosak kan pihak lawan. 90% steel la kalau tengok.


Tapi bila beli, getah suma. Certain part je besi. macam gambar sebelah ni, ni laa yang aku beli dulu, model ni. Yela, dalam siri anime dulu kan hero dia pakai keta ni, jadi aku beli laa sebiji macam ni. Biar macam hero sikit. Hahaa.. Tau tak kitaorg main kat mana? Kitaorang main kat kolam tempat takung air mandi tu. Tak pun kitaorang main kat lantai rumah yang bertail. Sebab licin. Keta ni kalu permukaan licin ia akan berpusing pas tu attack lawan dia. bila lawan dia stop ke keluar gelanggang ke, alamat nya kalah la. Main ni sedikit bosan sebab asal terkena lawan je stop, stuck kat situ je mana best. Kat tv lain main betul2 lain.



Tora
'Tora datang lagi, dengan permainan baru' Perghh..dulu mmg fames laa iklan pasal kotak ni yang isi kandungan dalam kotak tu ada biskut coklat yang bulat pas tu ada permainan yang serba kecik dan membosan aku. Hahaa. Tp sesetengah orang tu suka pula dia beli. Hehee..walaupun aku cakap permainan dalam tu boring aku ada juga beli nak tau ape permainan dalam nya. Selalu nya ada payung bidaman, dinasour, guli, teady bear banyak lagi la. Tapi membosan aku la. Biskut wafer coklat yang bulat tu pun bukannya sedap pun.

Zoids
Lepas tamat je episod akhir cerita anime dragonball GT dulu cita Zoid pula pengantinya. Masa tu dragonball hbs masa aku form3. aku mula tgk dragonball masa aku darjah2 masa tu aku tertinggal 1 episode time son goku jatu ke bumi. 8tahun aku tengok dragonball tu. Haha. Ehh..kalau tak silap lepas dragonball cita gundam seed kan ataupun cita Zoid ni? Lupa la. Biasala dh tua (umo baru 19thn) ni dah byk benda masuk dlm otak, yang kisah lama x hapening tu buang je. Cita zoid ni aku suka tengok sebab technology robot nya pas tu ada pengunaan grafik sikit. Tp jalan cita dia tak tau la. Hahaa..tgk2 macam tu je. Mesti byk org yang tak ingat cita ni sebab tak femes sangat. Sebab tu aku letak dalam blog ni supaya korang ingat balik cita ni.

Keropok Mi-Mi
Aku dari darjah 1 dah wujud dah keropok ni (thn1998). Boleh dikatakan hari-hari aku makan. Tak kira kat mana and masa aku makan. Tengok orang kampung main bola ke, masa perayaan gawai ke, tangok tv ke. Hahaa.. Harga ni dulu 10sen sebungkus, isi pun hampir penuh. Skrg dh beruabah dah. Sebab aku beli keropok ni bulan lepas. Kulit dia dah besar ckit panjang. Isi sikit tak padan ngan kulit nya dah lah tak sedap macam dulu. Satu lagi kerop keluaran kilang yang sama macam ni. keropo Tam-tam. Kitaorg pangil keropok bantal sebab keropok tu macam bantal bentuk nya.

Gula-gula susu
Gula-gula ni mmg favourite aku la. Sama macam keropok yang kat atas tu. Hahaa..sbb krang manis rasa susu, dalam nya ada plastik tp bukan plastik ianya sagu boleh dimakan. Tak banyak yang aku tau pasal gula-gula ni. Sekarang aku dah jarang jumpa gula-gula ni semenjak aku terbang ke Ipoh, Perak ni sambung blajar aku. Kalau kat Sarawak tu, emmm..ada lagi ke tak. Harap-masih ada lagi la. Kalau ada pun mesti dah kena resolusi dah. Tak sedap macam dulu, dah tmbah perisa lain. Hehee..zaman dah maju, byk benda berubah.







In that moment i swear we were infinite

Christ Vendenberg
Thanks for reading my blog



UP Network memperkenalkan perisian menonton TV dari PC anda di rumah, hasil inovasi
anak tempatan. Peluang hebat untuk menjana pendapatan lumayan. Potensi pendapatan boleh
menjangkau lebih dari RM 20,000 sebulan. Untuk keterangan lanjut, sila ke laman berikut
http://www.UntungPantas.com/?id=christ91